* selamat membaca yaaa :D
TARIKH KEPUTERAAN
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah diputerakan pada tanggal 28hb. November 1927.
SULTAN BERJIWA RAKYAT
Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah merupakan seorang putera raja yang amat berhemah tinggi. Tuanku Sultan terkenal dengan pertuturan yang lemah-lembut dan bersopan santun. Baginda adalah seorang pemerintah yang dididik dari kecil dengan nilai-nilai pekerti dan tingkah laku yang berasaskan kepada ajaran agama dan ilmu keduniaan yang luas. Baginda amat mengambil perhatian dalam hal-ehwal agama dan juga kepada rakyat jelata terutama yang menyentuh bidang kuasa baginda sendiri.
Keprihatinan Baginda jelas terbukti apabila Baginda telah berangkat setiap hari ke Wisma Darul Aman, Alor Star. Baginda mahu merapatkan diri dengan kerajaan untuk memudahkan para pentadbir berunding dengan Baginda tanpa mengambil masa mengadap di Istana. Menurut Tuanku Sultan, Menteri Besar boleh memberikan maklumat dengan mudah kepada Baginda jika ada perkara-perkara yang mustahak yang perlu dibincangkan dan diselesaikan khususnya di dalam menjaga keprihatinan rakyat jelata yang berada di bawah naungan Baginda.
Tuanku Sultan juga banyak membuat lawatan ke kawasan luar bandar untuk melihat serta mendengar sendiri masalah rakyat Baginda. Tuanku Sultan disifatkan sebagai "Sultan Berjiwa Rakyat". Tidak hairanlah jika Baginda menjadi seorang sultan yang dikasihi dan disegani seluruh rakyat negeri Kedah Darul Aman khususnya dan negara Malaysia amnya.
Pada 15 Julai 2008 bersamaan 12 Rejab 1429 Hijrah, genaplah 50 Tahun negeri Kedah Darul Aman di bawah pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbudin Tuanku AlHaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah.
Bersempena dengan itu, seluruh rakyat negeri Kedah akan menyambut Jubli Emas 50 Tahun Kedah di dalam pemerintahan beraja ini di bawah Tuanku Baginda. Sempena dengan sambutan ini, pelbagai acara akan diadakan, di mana kemuncaknya ialah pada tarikh 15 Julai 2008 di mana hari berkenaan dijadikan hari cuti umum bagi membolehkan semua orang dapat menyaksikan upacara Istiadat Perbarisan Kehormat dan Perisytiharaan Jubli Emas di Medan Bandar, Alor Setar.

SULTAN KEDAH yg kini Bergelar AGONG :D |
di siang hari :D |
di malam hari :D |
No comments:
Post a Comment